PROGRAM I-CARE
Latar belakang
Mohd Danial Bin Jailani selaku Yang Di-Pertua pada sesi 2016 - 2017 telah mencadangkan program ini kepada para pentadbir dan juga guru-guru di KTEPJ.
Idea ini juga diilhamkan dari video pelajar dari negara Jepun yang berusia 4 tahun hingga dewasa yang sedang membersihkan Bilik darjah serta tandas tanpa bergantung kepada khidmat pekerja am.
I-CARE EXCELLENCE
Menghidupkan budaya belajar serta mengimbangkan diri dalam aspek Kurikulum dan Kokurikulum.
MISI, VISI DAN NILAI
Elemen I-Care
MISI
Untuk membentuk dan memupuk moral yang sihat dan membina jati diri seorang pelajar KTEPJ yang terpuji.
VISI
Menghasilkan produk KTEPJ yang bermutu tinggi yang tidak hanya berdaya dalam akademik sahaja, malah dalam kehidupan juga.
NILAI
-
Ketekalan
-
Komitmen
-
Bertanggungjawab kepada diri
I-CARE CLEAN
Memupuk amalan bersih dalam diri seorang warga KTEPJ.
I-CARE COMMUNITY
Memupuk diri untuk berbakti kepada Diri, Keluarga, Kolej, Masyarakat mahupun Negara yang tercinta.