top of page

LEMBAGA

"we work in the dark, to serve the light"

Pemimpin Muda Sukan

PEMIMPIN MUDA SUKAN merupakan lembaga yang bertanggungjawab dalam menyelaras aktiviti tahunan yang berkaitan sukan dan permainan di KTEPJ. Tugas kami adalah memastikan warga KTEPJ sentiasa berminat dan seronok dengan sukan dan permainan yang dirancang disamping memupuk kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan melalui aktiviti fizikal.Kami juga bertanggungjawab untuk membincangkan segala aspek keselamatan dan risiko bagi menjaga kesejahteraan warga Kolej dalam aktiviti yang dijalankan.

Koperasi

This is your admissions description. It’s a great place to inform prospective students and families about how to join Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya. Be concise and straightforward, and add a visual for extra engagement!

Sidang Redaksi

SIDANG REDAKSI merupakan lembaga yang bertanggungjawab dalam menyediakan majalah tahunan REAL kolej bagi semua warga kolej. Tugas kami adalah untuk mendapat dan menyusun segala maklumat tentang aktiviti dan majlis yang diadakan di kolej serta menyunting templat majalah menggunakan perisian digital grafik sebelum diberi kepada pihak penerbitan. Selain daripada itu, kami juga mempelajari beberapa kemahiran dalam proses pelaksanaan majalah REAL ini seperti menyediakan template grafik majalah, mengambil gambar semasa majlis atau aktiviti kolej yang diadakan, menyediakan teks laporan untuk majalah serta mengendalikan dana dan wang majalah. Kami juga memastikan penghasilan majalah tahunan ini dilakukan dengan sistematik dan baik supaya majalah tersebut digemari oleh warga KTEPJ.

Majlis Pelajar Tingkatan Enam

Majlis Pelajar Tingkatan Enam atau lebih dikenali sebagai MPTE telah ditubuhkan pada tahun 2014 bertujuan menjadi badan penggerak bagi pelajar-pelajar tingkatan enam di Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya. MPTE juga bertindak sebagai wakil para pelajar dan turut membantu menguruskan hal-hal berkaitan kolej. MPTE menjalankan pelbagai aktiviti kepada para pelajar bagi memupuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar, di samping menjadi contoh terbaik kepada pelajar-pelajar tingkatan enam KTEPJ.

Pengawas Perpustakaan KTEPJ

PSKTEPJ merapati pelajar-pelajar dengan buku, artikel, majalah dan sebagainya melalui pelbagai aktiviti. Kami juga memberi perkhidmatan berimpak tinggi kepada pelajar. Sebagai pusat sumber pendidikan, perpustakaan beraspirasi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dinamik dan memastikan koleksinya adalah berkualiti dan terkini serta boleh diakses oleh semua pengguna.

Lembaga: Admissions
bottom of page